Thursday, 26 December 2013

Lisdawati Hamil Empat Bulan



Kami teringat yang Fauzi Nawawi pernah mengulas tentang ura ura yang isterinya, Lisdawati hamil tidak berapa lama dahulu dengan meminta supaya para peminat mendoakan mereka untuk dikurniakan cahayamata baru — tetapi kami lupa sumbernya di mana.

Apa yang penting, Lisdawati menerusi laporan Sinar Harian hari ini mengakui dirinya kini sedang hamil empat bulan dan ini merupakan anak ketiga beliau bersama suami tercinta, Fauzi Nawawi.

Lisdawati berkata yang beliau mengalami alahan yang teruk untuk kehamilan kali ini dan memiliki fasa turun naik emosi yang tidak menentu.

“Saya alami alahan yang agak teruk kali ini, makan agak memilih dan makanan yang saya makan mesti masih panas. Saya juga agak ‘moody’ tetapi saya cuba kawal kerana masih bekerja dan sibuk dengan tugasan harian”

Walaupun sedang hamil, Lisdawati tetap meneruskan karier lakonan beliau & berkata tidak sukar untuk sembunyikan perut kerana memakai tudung dan baju yang longgar.

“Walaupun sayanghamil empat bulan kini, saya tidak ada masalah untuk berlakon dan sorokkan perut kerana bila bertudung, baju lebih longgar, jadi tak nampak sangat,” tambahnya.

Wednesday, 25 December 2013

AKui Sudah Punya Kekasih Baru



Nabila Huda antara selebriti tanah air yang kisah cintanya sering menjadi perhatian para peminat dan bukan peminat. Kisah terbaru ini pastinya akan diperhati dengan mendalam oleh penganalisa bebas dunia hiburan selepas ini.

Ditemui wartawan ketika sidang media drama Ariana Rose di Sri Pentas TV3, Bandar Utama baru baru ini Nabila Huda mengakui yang hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya beberapa bulan yang lalu.




“Alhamdulillah, kehadirannya membuatkan saya cukup gembira. Kami masih lagi baru beberapa bulan menjalinkan hubungan. Apa yang boleh saya katakan, dia lelaki yang saya cari selama ini. Bagaimanapun saya tidak mahu cerita panjang siapakah lelaki yang dimaksudkan itu”

Nabila Huda turut berkata yang beliau sebenarnya teruja untuk berkongsi kisah cinta barunya ini namun memilih untuk berdiam diri dari berkongsi kisah peribadi berdasarkan pengalaman lalu.

“Apabila saya tidak hipokrit berkongsi hal peribadi, ada pula pihak lain yang cuba mengambil kesempatan terhadap saya. Itu yang saya tidak mahu ia berlaku,” ujarnya

Lana Nordin Putus dengan Johan Asaari

Selepas beberapa isu timbul tentang restu keluarga & penerimaan mereka terhadap hubungan cinta pasangan ini, Johan As’ari & Lana Nordin mengesahkan yang hubungan cinta mereka sudah berakhir kerana masalah tersebut.

Menerusi Berita Harian hari ini, Johan As’ari berkata hubungannya dengan Lana Nordin secara rasmi putus kelmarin, selepas keluarganya tidak menerima pelakon itu.
“Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada saya terus menyeksa hati dan perasaan Lana”
Johan As’ari menambah yang beliau sayangkan Lana Nordin namun terpaksa memilih keluarga kerana tidak mahu bergelar anak derhaka kerana ibu tidak merestui hubungannya dengan aktress itu sebelum ini.
“Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak mahu terus memberi harapan kepada Lana,” ujarnya.
Lana Nordin Beri Peluang Johan As’ari Buktikan Janji & Kata Manis
Lana Nordin dalam laporan sama berkata yang beliau sudah jangka perkara ini selepas Johan As’ari sering berdolak dalik sejak hubungan mereka ditentang keluarga.
“Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah? Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah,” ujarnya reda dengan ketentuan ini

Tuesday, 24 December 2013

Tersenarai 100 Wanita Tercantik Di Dunia

Ya, Soo Wincci telah tersenarai sebagai salah seorang pemilik wajah tercantik di dunia untuk tahun 2013 yang dikeluarkan oleh Independent Critics yang berpangkalan di United Kingdom dan Amerika Syarikat baru baru ini.
Soo Wincci menduduki tangga ke 91 dalam senarai itu sekaligus berada di atas nama besar Hollywood seperti Rosie Huntington-Whiteley & Amanda Seyfried yang masing masing menduduki tangga 100 dan 93 dalam senarai The 100 Most Beautiful Faces 2013.
“Bayangkan album Melayu saya baru saja dilancarkan dan tiba-tiba pengurus promosi untuk pasaran Melayu berhenti mengejut. Berita nama saya tersenarai dalam carta itu membuatkan saya bangun semula untuk bekerja keras mengharumkan nama negara”
Beliau berkata demikian kepada Harian Metro hari ini dan menyifatkan ianya satu motivasi tinggi buat dirinya dalam kerjaya beliau ketika ini. Tahniah Soo Wincci!








Sebelum ini berita mengatakan yang pasanagn Fizo Omar & Mawar bakal mengadakan 3 majlis resepsi untuk perkahwinan mereka selepas pulang dari berbulan madu di Eropah dan resepsi pertama sudah pun selesai berlangsung.
Memang nampak meriah resepsi perkahwinan yang diadakan di Butik Fareeda Pulau Pinang apabila ianya dibanjiri oleh ribuan peminat pasangan ini yang mahu melihat Fizo Omar & Mawar secara lebih dekat sekaligus meraikan pengantin baru ini.
Berikut merupakan gambar sekitar majlis yang berlangsung pada 22 Disember yang lalu & dapat kita lihat, masih bersinar seri pengantin baru pasangan Fizo Omar & Mawar ini. Enjoice!














Monday, 23 December 2013

Isteri Aaron Aziz Kini Bertudung



Buat peminat Aaron Aziz, isterinya Diyana Halik sering dilihat sebagai insan terpenting dalam perkembangan kerjaya pelakon popular itu dan kini ada berita gembira yang disampaikan buat para peminat tentang penampilan beliau.

Aaron Aziz yang ditemui semasa berlangsung sidang media Oh My English: Hello America! pagi tadi tampil bersama-sama dengan isterinya, Diana Halik yang kini tampil berhijab selepas kepulangan mereka dari Hong Kong.

“Alhamdulillah saya bersyukur sekali perubahan yang dilakukan Diana pada hari ini. Saya agak pelik sedikit kerana selalunya orang baru balik dari umrah yang akan memakai tudung tetapi ini amat berbeza sekali dengan Diana kerana selepas pulang dari Hong Kong dia terus berubah untuk memakai tudung. Inilah kuasa Allah tidak kira di mana sahaja kita berada dan sekiranya dia berkehendakkan sesuatu maka jadilah ia,” tutur Aaron memulakan bicara.

Aaron juga memberitahu bahawa dia tidak pernah memaksa isterinya itu untuk bertudung, malah sebagai suami dia hanya memberikan peringatan dan nasihat buat isterinya walaupun suatu ketika dahulu mereka pernah mengejarkan umrah. Hari ini, Diana Halik telah memberikan perubahan yang sangat positif buat Aaron dan keluarganya.

“Saya tidak pernah paksa Diana untuk memakai tudung. Saya sendiri lebih suka untuk berikan peringatan & nasihat buatnya. Biarlah dia memakai tudung secara ikhlas dan kerana memenuhi tuntutan Islam. Bukan bertudung kerana suami,” katanya bersungguh.

Sementara itu, Diana pula memberitahu bahawa perubahannya itu sudah sampai masanya dan disebabkan juga oleh suaminya yang suka menunjukkan video-video dari laman Youtube mengenai tanda-tanda kiamat yang sudah berlaku di dunia akhir zaman ini.

“Bersyukur kerana akhirnya saya sudah bertudung walau pun masih belum berlitup penuh lagi. Saya sekarang masih perlahan-lahan dalam menyesuaikan imej saya yang baru ini”

“Apa yang membuatkan saya memakai tudung ini juga adalah disebabkan Aaron yang suka menunjukkan video-video seperti tanda-tanda hari kiamat seperti salji yang turun di bumi Mesir dan sebagainya,” ujarnya.

Di kesempatan itu juga Aaron dan isterinya, Diana berharap peminat-peminat dapat mendoakan perubahannya dan seterusnya memberikan sokongan.

“Saya berharap di kesempatan ini peminat-peminat Aaron dapat mendoakan perubahan imej saya dan saya akan cuba perlahan-lahan untuk bertudung dengan cara yang betul berlandaskan ajaran Islam,” tambah Diana lagi berharap.

“Selepas ini mesti ada yang suka dan tak kurang juga akan mengutuk tetapi saya tidak kisah kerana itu semua menjadi lumrah dan asalkan benda yang baik kita lakukan itu sudah cukup. Bukan senang untuk puaskan hati orang walaupun kita berbuat kebaikan, jadi terpulanglah pada orang ramai untuk menilainya,” kata Aaron mengakhiri perbualannya

Bulan Madu Di Rome & Venice


Dalam temubual selepas majlis resepsi pasangan ini minggu lalu, Zain Saidin & Rozita Che Wan memaklumkan yang mereka akan terbang ke Rom, Milan, Venice, Frankfurt dan Amsterdam untuk lokasi berbulan madu mereka.
Ketika artikel ini ditulis, pasangan romantis yang menjadi perhatian ramao sepanjang tahun ini sedang berada di Venice, Itali selepas habis menjelajah Rome dan pastinya selepas ini akan ada lebih banyak gambar lagi dari kota Eropah yang lain.
Sementara menanti pasangan ini habis berbulan madu, anda sebagai peminat boleh layankan beberapa keping gambar yang mereka kirimkan melalui Instagram masing masing. Enjoice!